140725 [NEWS] MBLAQ in Harian Metro Newspaper

Source:  MyMetro Online / SCAN (via Are-DieLa Yusof’s Facebook) 

Reuploaded: Ain @ MBLAQMSIAOFFICIAL

Please do not hotlink.

 

2

 

1

 

Ekspresi sartorial

Eksentrik dan berani, tapi masih selesa juga seksi. Sesekali sengaja ditampilkan gaya penuh sarat kala muncul di pentas namun masih tercetus daya penuh enigma.

Tidak cukup dengan itu, stail kumpulan K-Pop popular ini dipertontonkan penuh lasak, berani dan bebas. Cukup memberikan ilusi jejaka penuh maskulin era ini.

Justeru, kemunculan MBLAQ di depan mata dinanti penuh debaran, dek teruja untuk berkongsi cerita terkini mereka.

Setiap kali hadirnya album baru, MBLAQ tidak pernah menghampakan – baik dari segi muzik mahupun penampilan unik setiap ahlinya.

 Dan album mini terkininya, Broken, yang menjengah pasaran Korea Selatan juga antarabangsa pada Mac lalu tidak terkecuali.

Kegemilangan gaya Savile Row dihidupkan kembali bagi menghiasi tema padanan keseluruhan album yang jelas dilihat pada helaian klasik antaranya celana potongan lurus, jaket dan kot.

Nyata, ekspresi sartorial banyak melatari penampilan MBLAQ yang bukan saja dipersembahkan di khalayak malah diselitkan beberapa elemen klasik kala bersantai.

Pertemuan eksklusif penulis dan MBLAQ ini dirancang Sunsilk yang turut menerbangkan enam pemenang pertandingan Sunsilk Sweet Trip ke Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.

Detik jam di dinding menunjukkan 3.50 petang dan degupan jantung makin kencang sejurus kelibat van hitam yang dinaiki MBLAQ tiba di pekarangan kafe Eartizen berhampiran Universiti Wanita Ewha, Seoul.

Mir, si `maknae’ (ahli paling muda) terlebih dulu menjengah ke pintu masuk kafe lalu memperkenalkan dirinya. G.O si vokalis utama pula menyusul dan akhirnya Seungho, ketua kumpulan MBLAQ menuju ke dalam kafe.

MBLAQ mula beraksi pada 15 Oktober 2009 dengan lima ahli iaitu Seungho, G.O, Lee Joon, Cheondung dan Mir di bawah bimbingan bintang K-Pop dunia, Rain.

Stail serba ringkas ditampilkan, jelas G.O, ia menepati trend jalanan musim panas di ibu kota Korea Selatan itu.

“Kami biasanya berpakaian mengikut keperluan. Tidaklah setiap masa tampil dengan kot atau jaket. Benar, kami perlu menjaga imej sebagai artis tapi aspek keselesaan perlu juga diambil kira.

“Jika tidak beraksi di pentas, kami lebih gemar menyarung helaian kasual yang menepati trend jalanan masa kini,” ujarnya.

Seungho nyata selesa dengan kemeja-T hitam Nuvo bersama jean skinny dan sneaker merah Adidas berpotongan tinggi.

Mir dengan celana pendek putih yang digandingkan bersama kemeja-T hitam jenis lebar sementara G.O berkemeja biru gelap, bercelana skinny juga mengenakan sepatu sneaker.

Dua ahli lagi, Lee Joon dan Cheondung bagaimanapun tidak hadir berikutan terikat dengan sesi fotografi dan penggambaran drama.

Mengulas lanjut mengenai gaya maskulin yang sentiasa dikaitkan dengan MBLAQ, Seungho tidak menafikan ia banyak dipengaruhi tema lagu dan album mereka.

Pada masa sama, gaya ‘jantan’ MBLAQ juga mula menjadi tanda aras untuk kumpulan K-pop generasi baru.

“Apa yang kami tonjolkan lebih menceritakan kepada gaya kami sendiri. MBLAQ cuba mengelak daripada meniru stail lain yang mungkin tidak begitu sesuai dengan personaliti diri kami.

“Lagu dan tema album kami juga banyak memberi refleksi dalam stail kami. Justeru konsepnya tidak lari daripada personaliti sebenar kami.

“Apa yang penting, kami beruntung mempunyai penata gaya fesyen yang memahami keperluan serta menepati cita rasa kami,” katanya.

Selain itu, rekaan John Galliano, Gareth Pugh, Raf Simons, Jean Paul Gaultier dan Dior Homme antara beberapa label besar yang banyak memberi inspirasi pada stail MBLAQ sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami cuba meminimumkan gaya yang diambil daripada trend terkini di pentas peragaan kerana kami cuba mengelak menjadi mangsa fesyen.

“Lazimnya apa yang sesuai kami ambil daripada trend itu lalu dipadankan dengan penggayaan masing-masing.

“Cara ini membantu menyerlahkan personaliti serta gaya unik setiap ahli kumpulan,” tambahnya.

TIP GAYA MBLAQ

1. Topi

Jelas Seungho, topi banyak membantu menyelamatkan gaya rambut mereka terutama jika tidak terikat dengan persembahan.

“Selepas terlalu kerap menggunakan pelbagai produk rambut untuk persembahan, kami lebih selesa membiarkan rambut tanpa sebarang produk. Biasanya kami cuma cuci rambut dan biarkannya kering.

“Tapi jika terpaksa keluar dan rambut dalam keadaan kusut-masai, topi jawapannya. Topi juga dapat melengkapkan gaya kasual lelaki,” katanya.

=
2. Kasut sneaker

Sesekali menyarungkan kasut hitam dan formal memanglah tampak segak tapi G.O percaya kasut sneaker juga berupaya memberi ilusi sama seperti kasut formal.

“Pilih kasut yang selesa dan biasanya sneaker pilihan terbaik. Era ini kebanyakan trend juga mula menggandingkan kasut sneaker bersama sut. Tapi perlu juga dilihat pada majlisnya,” katanya.

3. Berani mencuba

Jangan terikat dengan satu gaya dan beranikan diri mencuba stail baru yang selama ini dianggap tidak sesuai pada diri.

Seperti yang ditonjolkan Mir, rapper MBLAQ ini tampak santai dengan kemeja-T lebar dan longgar dengan cetakan flora pada kedua-dua lengannya yang dipadankan bersama celana pendek putih.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/25

p/s : mblaq give many tips for their styles ^^

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s